top of page
Search
fadhlinazm24

MARI KENALI ALAT BERKEBUN

Updated: Aug 27, 2019

Kita perlu menyediakan alatan sebelum memulakan aktiviti penanaman seperti menyemai, menanam anak benih dan penjagaan. Penggunaan alatan perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat.


Sudip Tangan

  • Digunakan untuk menggali lubang semasa menanam biji benih dan mengubah anak benih.


Serampang Tangan

  • Digunakan untuk menggemburkan medium.


Penyiram

  • Digunakan untuk menyiram tanaman.



Pungkis

  • Digunakan untuk mengangkat rumput yang telah dicabut atau mengangkut bahan tanaman seperti bahan organik, pasir dan tanah lom.



Cangkul

  • Cangkul merupakan satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam bidang  pertanian. Cangkul digunakan sebagai alat penggali tanah, untuk membersihkan tanah dari rumput dan untuk meratakan tanah.



Gunting Pangkas

  • Gunting pangkas digunakan untuk mengemas dahan tanaman dan mencantas atau membuang ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman.


Sarung Tangan

  • Ia penting bagi melindungi tangan daripada sebarang kecederaan semasa berkebun. Sarung tangan kain amat sesuai digunakan. Ia dapat elak tapak tangan daripada melecur semasa aktiviti mencangkul dilakukan.


Pencungkil Rumpai

  • Ia digunakan untuk membuang rumpai di kebun.


Pisau Cantuman

  • Ia digunakan untuk membuat cantuman dan menuai tanaman sebagai ganti kepada gunting pangkas.


Kereta Sorong

  • Digunakan untuk mengangkat tanah, bahan organik dan kompos. Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah dengan bilangan banyak ke kawasan kebun semasa membaja tanah.



1,070 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page