top of page
Search
fadhlinazm24

BAHAN TANAMAN

Updated: Aug 27, 2019

Biji Benih

Terdapat pelbagai cara untuk membiakkan tanaman. Satu daripada caranya ialah menggunakan biji benih. Anak benih yang subur akan tumbuh daripada biji benih yang baik. Oleh itu, kita perlu memilih biji benih yang mempunyai ciri yang baik.


Ciri-ciri biji benih yang baik.

  1. Matang, iaitu biji benih yang diambil daripada buah yang matang.

  2. Bernas, iaitu biji benih mempunyai isi yang penuh.

  3. Berbentuk normal, iaitu bentuknya sama seperti asal.

  4. Tidak diserang perosak dan tidak berkulat.



Ciri-ciri biji benih yang rosak.


• Tidak matang, iaitu biji benih diambil daripada buah yang tidak matang.







• Retak atau pecah.









• Tidak normal, iaitu biji benih cacat dan tidak seperti bentuk asal.








• Berlubang kerana serangan perosak.









• Berkulat







Medium Semaian

Medium semaian ialah bahan perantara yang perlu digunakan untuk menyemai biji benih. kita boleh membuat medium semaian sendiri atau membeli di pasaran. terdapat beberapa jenis medium semaian yang boleh digunakan.


Tanah Campuran

Medium ini dihasilkan dengan mencampurkan beberapa bahan mengikut sukatan yang telah ditetapkan iaitu dua bahagian tanah lom, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir sungai bersih (2:1:1).








Peat Moss

Bahan ini merupakan sejenis tanah gambut yang diimport dari luar negara dan telah dibasmi kuman.









Coco Peat

Medium ini diperbuat daripada sabut kelapa ang telah diproses dan dihancurkan. Biasanya coco peat diperoleh dalam bentuk serbuk.









Bekas Semaian

Setelah selesai menyediakan medium semaian, kita perlu menyediakan bekas semaian pula. Terdapat pelbagai bekas semaian boleh dipilih untuk digunakan.





Baja

PEMBAJAAN (manuring) merupakan perkara asas didalam amalan teknologi pengurusan tanaman. Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan yang tepat dan betul. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Beberapa kaedah aplikasi pembajaan juga boleh dibahagikan kepada 3 tujuan iaitu Pembajaan Sebelum Menanam, Pembajaan untuk tumbesaran dan pembajaan untuk Penghasilan (berbuah).


Baja Organik merupakan baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan atau kompos. Biasanya baja organik akan digunakan sebagai baja permulaan sebelum menanam dan baja semasa pokok diperingkat tumbesaran serta berbuah. Baja organik diguna dengan bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup proses pereputan. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan daripada pemprosesan kelapa sawit seperti dari tandannya, humas atau kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.




Jenis baja yang paling biasa digunakan dan dikomersilkan adalah Baja Kimia. Baja Kimia adalah jenis baja yang telah diproses kepada bentuk-bentuk Butiran (Granules), Hablur (Powder) dan Cecair (Liquid). Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus ditabur diatas tanah kepada tanaman manakala ada jenis baja hablur dan baja cecair yang perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur kepada tanaman.


210 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page